KUCHING: Sarawak merupakan satu-satunya negeri menyediakan skim subsidi faedah untuk Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Kemudahan Pemulihan dan Bantuan Bersasar (TRRF) dan Pembiayaan Pelancongan Penjana (PTF) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan demi meringankan beban kewangan.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM80.7 juta bagi menyediakan kemudahan ketiga-tiga skim berkenaan untuk manfaat PKS di negeri ini.
SRF bertujuan membantu meringankan masalah aliran tunai ditanggung oleh PKS dalam semua sektor kecuali sektor perkhidmatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19, katanya semasa melancarkan Anugerah Cemerlang Industri Ketua Menteri di sini.
Di bawah skim subsidi faedah SRF yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak itu, sebanyak 1,918 PKS tempatan mendapat manfaatnya dengan kemudahan pinjaman berjumlah RM560.67 juta dengan anggaran subsidi faedah berjumlah RM47 juta, katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan.
Menurut Awang Tengah, skim TRRF pula bertujuan membantu dan menyokong pemulihan PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas kecuali sektor pelancongan dan sektor berkaitan pelancongan susulan pengenalan semula langkah pembendungan
Setakat ini, RM229 juta jumlah pinjaman telah diluluskan oleh bank-bank berkenaan kepada 2,035 PKS tempatan dengan subsidi faedah dianggarkan RM22.14 juta, katanya sambil menambah, kerajaan dijangka menerima lebih banyak permohonan daripada PKS tempatan.
Beliau berkata, skim PTF pula bertujuan menyokong PKS dalam sektor pelancongan dengan mengekalkan keupayaan dan membantu mereka mengendalikan pelaburan supaya terus kekal pasca Covid-19.
Sejumlah RM20.55 juta pinjaman telah diluluskan oleh bank-bank berkenaan kepada 815 PKS milik rakyat Sarawak dengan subsidi faedah dianggarkan berjumlah RM1.96 juta, tegas beliau.
Permohonan bagi skim SRF sudahpun ditutup pada Disember 2020, manakala dana bagi TRRF dan PTF masih boleh diperoleh sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga dana habis, katanya.
“Justeru, kita menggalakkan PKS tempatan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan merebut peluang daripada skim yang diperkenalkan itu,” katanya.
Kerajaan Sarawak turut menyediakan dana RM100 juta di bawah Skim Kredit Mikro Sarawak untuk membantu peniaga kumpulan B40, mikro dan kecil-kecilan dengan kemudahan pinjaman maksimum RM50,000.
Di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), katanya.
“Kerajaan Sarawak menyediakan subdisi faedah untuk selama tiga tahun enam bulan kepada pemohon berjaya,” tambahnya.
Setakat ini, sejumlah 1,879 permohonan telah diterima dengan kemudahan pinjaman berjumlah RM69.32 juta, manakala 188 PKS Bumiputera mendapat manfaat melalui SPIKS dengan jumlah pinjaman yang diluluskan RM19.06 juta.
Semua permohonan yang diluluskan menikmati moratorium dan subdisi faedah untuk selama tiga tahun enam bulan di bawah BKSS, katanya.
Sumber dari : Jiwa Bakti